Thursday 5 May 2011

<> PROGRAM '7S' <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Program 7S merupakan singkatan daripada susunan ayat iaitu 'Saya Selalu Susun, Sisih, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal'. Program ini merupakan sebuah program yang bersifat dalaman dan merupakan program yang wajib disertai oleh semua penghuni Kolej Kediaman Meranti. Ini kerana, program ini melibatkan pemeriksaan mingguan oleh barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Meranti dalam menilai aspek kebersihan dan elemen-elemen yang terdapat dalam frasa 5S yang merupakan panduan bagi aspek menjaga, memelihara dan memulihara persekitaran yang kondusif. Daripada setiap bilik-bilik kolej, pihak penganjur memilih 3 bilik yang terbaik untuk diadili ke peringkat akhir oleh juri khas jemputan Pihak Pengurusan Kolej Meranti. Selain daripada pertandingan bilik terbaik, pertandingan laman blok terbaik turut diadakan. Sebanyak 2 penyertaan telah mengambil bahagian dalam pertandingan laman blok terbaik iaitu penyertaan daripada Blok A oleh barisan Sekretariat Kolej Meranti dan Blok C oleh barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Meranti. Pertandingan ini diakhiri dengan sesi penilaian akhir dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. 
Tahniah & Syabas kepada para pemenang dan kepada yang kurang bernasib baik, semester hadapan masih ada untuk merampas takhta Bilik dan laman Blok Terbaik dan merangkul hadiah lumayan yang disediakan.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~ 

<> PROGRAM '3K' <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Pada 20hb. Mac 2011, pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Meranti telah mengadakan sebuah program berteraskan tiga elemen yang penting dan sepatutnya ada pada diri setiap penghuni Kolej Meranti. Tiga elemen tersebut adalah Kesihatan, Keselamatan, dan Komuniti. Setiap aktiviti yang dijalankan telahpun di'eksperimentasi'kan dan dijangka dengan berlangsungnya program sebegini akan membawa para penghuni kolej ke arah satu matlamat iaitu penyatuan dan semangat bersatu dalam kalangan penguni kolej yang terdiri daripada mahasiswa pelbagai jurusan pengajian. Berikut merupakan foto-foto yang diambil semasa berlangsungnya program.

 Senamrobik bersama JPK Meranti

Gotong royong bersama komuniti Seksyen 2 Shah Alam

Program derma darah kerjasama dengan Hospital Klang


Meranti Motor Wash


Meranti Idol


Meranti Super Cup 2011


Meranti Chess Tournament


Meranti Ping Pong Challenges


Pertandingan Tarik Tali di Padang Seksyen 2 Shah Alam


Kaunter pendaftaran RELA Komuniti Seksyen 2 Shah Alam


Ceramah Keusahawanan


Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Program 3K



~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~