Thursday 5 May 2011

<> PROGRAM '7S' <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Program 7S merupakan singkatan daripada susunan ayat iaitu 'Saya Selalu Susun, Sisih, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal'. Program ini merupakan sebuah program yang bersifat dalaman dan merupakan program yang wajib disertai oleh semua penghuni Kolej Kediaman Meranti. Ini kerana, program ini melibatkan pemeriksaan mingguan oleh barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Meranti dalam menilai aspek kebersihan dan elemen-elemen yang terdapat dalam frasa 5S yang merupakan panduan bagi aspek menjaga, memelihara dan memulihara persekitaran yang kondusif. Daripada setiap bilik-bilik kolej, pihak penganjur memilih 3 bilik yang terbaik untuk diadili ke peringkat akhir oleh juri khas jemputan Pihak Pengurusan Kolej Meranti. Selain daripada pertandingan bilik terbaik, pertandingan laman blok terbaik turut diadakan. Sebanyak 2 penyertaan telah mengambil bahagian dalam pertandingan laman blok terbaik iaitu penyertaan daripada Blok A oleh barisan Sekretariat Kolej Meranti dan Blok C oleh barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Meranti. Pertandingan ini diakhiri dengan sesi penilaian akhir dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. 
Tahniah & Syabas kepada para pemenang dan kepada yang kurang bernasib baik, semester hadapan masih ada untuk merampas takhta Bilik dan laman Blok Terbaik dan merangkul hadiah lumayan yang disediakan.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~ 

<> PROGRAM '3K' <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Pada 20hb. Mac 2011, pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Meranti telah mengadakan sebuah program berteraskan tiga elemen yang penting dan sepatutnya ada pada diri setiap penghuni Kolej Meranti. Tiga elemen tersebut adalah Kesihatan, Keselamatan, dan Komuniti. Setiap aktiviti yang dijalankan telahpun di'eksperimentasi'kan dan dijangka dengan berlangsungnya program sebegini akan membawa para penghuni kolej ke arah satu matlamat iaitu penyatuan dan semangat bersatu dalam kalangan penguni kolej yang terdiri daripada mahasiswa pelbagai jurusan pengajian. Berikut merupakan foto-foto yang diambil semasa berlangsungnya program.

 Senamrobik bersama JPK Meranti

Gotong royong bersama komuniti Seksyen 2 Shah Alam

Program derma darah kerjasama dengan Hospital Klang


Meranti Motor Wash


Meranti Idol


Meranti Super Cup 2011


Meranti Chess Tournament


Meranti Ping Pong Challenges


Pertandingan Tarik Tali di Padang Seksyen 2 Shah Alam


Kaunter pendaftaran RELA Komuniti Seksyen 2 Shah Alam


Ceramah Keusahawanan


Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Program 3K



~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~ 

Saturday 26 March 2011

<> PROGRAM 'WHO AM I?' <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Pada 22hb. Februari 2011, pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Meranti telah mengadakan sebuah program yang bersifat Akademik dengan mengadakan program yang bersifat bengkel. dikendalikan oleh seorang pegawai kaunseling daripada Unit Kaunseling & Kerjaya UiTM Shah Alam. program yang diberi nama 'Who Am I?' ini telah berjaya menarik hampir 100 orang peserta daripada Kolej Meranti. Di akhir program, para peserta mendapat sebuah input yang sangat berguna untuk diri mereka sendiri. Para peserta juga dibekalkan dengan makanan dan minum malam yang disediakan oleh pihak JPK Meranti. Berikut merupakan foto-foto yang diambil semasa berlangsungnya program.






~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~ 

<> PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Pada 17hb. Februari 2011, Pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Meranti telah mengadakan sebuah program 'Sambutan Maulidur Rasul 1432H' yang bertempat di Dataran Kolej Meranti. Program ini disertai oleh seramai lebih kurang 200 orang peserta yang masing-masing terdiri daripada penghuni Kolej Meranti. Antara pengisian program tersebut adalah ceramah yang bertajuk 'Antara 2 Cinta' yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan. Antara lain, para peserta program juga turut disajikan dengan tayangan-tayangan yang mempunyai hubung kait dengan Maulidur Rasul dan juga Valentine's Day yang masih disambut oleh sebahagian besar remaja umat Islam di negara ini. Di pengakhiran program, para peserta dibekalkan dengan makanan malam serta kupon aktiviti dan cop Kemahiran Insaniah. Berikut merupakan foto-foto yang diambil semasa program berlangsung.








~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~


Tuesday 22 March 2011

<> SEJARAH KOLEJ MERANTI <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~



Kolej Meranti terletak berhampiran Pusat Perniagaan Seksyen 2 Shah Alam. Lokasinya begitu strategik memandangkan terdapat pelbagai kemudahan serta rangkaian pengangkutan awam untuk kemudahan pelajar. Dahulunya, Kolej Meranti dikenali dengan nama Kolej Meranti / Cendana yang menjadi penempatan pelajar siswa / siswi UiTM. Mulai sesi Jun 1999, kolej ini menjadi penempatan siswa sepenuhnya. Bermula pada bulan Februari 2008, Kolej Cendana diasingkan daripada Kolej Meranti dan diserahkan kepada International Education Center (INTEC) Seksyen 17 Shah Alam di mana pengurusannya diletakkan di bawah pengurusan Kolej Cemara / Akasia Seksyen 18 Shah Alam. Kini, Kolej Meranti berada di bawah pentadbiran Pengetua Zon 4 (Kolej Meranti / Jati) di mana hal-ehwal pengurusannya dilaksanakan oleh Pengurus Kolej Meranti sendiri. Kolej Meranti mempunyai 4 buah blok asrama pelajar iaitu Blok A, B, C dan D serta sebuah Blok Pentadbiran. Jumlah kapasiti yang boleh ditampung oleh Kolej Meranti adalah seramai 702 orang pelajar.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

<> ORGANISASI JPK MERANTI SESI 2011/2012 <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa transisi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Meranti yang dilantik untuk meneruskan legasi kepimpinan Kolej Meranti dalam tempoh 4 bulan dari tarikh lantikan. Di dalam sepenggal perlantikan, pihak JPK Meranti telahpun merangka pelbagai program dan cadangan penambahbaikan untuk kemaslahatan penghuni Kolej Meranti. Diharapkan agar Kolej Meranti terus gemilang di bawah barisan kepimpinan yang baru ini. InsyaAllah...


PENASIHAT:
EN. MOHAMED FAEIZ BIN HAJI ALWEE
PRESIDEN:
TIMBALAN PRESIDEN:
SETIAUSAHA AGONG:
BENDAHARI KEHORMAT:
PENOLONG TIMBALAN PRESIDEN:
PENOLONG SETIAUSAHA:
EXCO INFORMASI&MULTIMEDIA:
EXCO PERHUBUNGAN DALAMAN:
EXCO PERHUBUNGAN LUAR&ANTARABANGSA:
EXCO KEUSAHAWANAN:
EXCO DISIPLIN&KESELAMATAN:
EXCO ADUAN&KEBAJIKAN:
EXCO KESENIAN&KEBUDAYAAN:
EXCO AKADEMIK&KEPIMPINAN:
EXCO AGAMA&KEROHANIAN:
EXCO SUKAN&REKREASI:
EXO TUGAS-TUGAS KHAS:
KHAIRUL AZWAN BIN AB. GHANI
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~