Tuesday 22 March 2011

<> SEJARAH KOLEJ MERANTI <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~



Kolej Meranti terletak berhampiran Pusat Perniagaan Seksyen 2 Shah Alam. Lokasinya begitu strategik memandangkan terdapat pelbagai kemudahan serta rangkaian pengangkutan awam untuk kemudahan pelajar. Dahulunya, Kolej Meranti dikenali dengan nama Kolej Meranti / Cendana yang menjadi penempatan pelajar siswa / siswi UiTM. Mulai sesi Jun 1999, kolej ini menjadi penempatan siswa sepenuhnya. Bermula pada bulan Februari 2008, Kolej Cendana diasingkan daripada Kolej Meranti dan diserahkan kepada International Education Center (INTEC) Seksyen 17 Shah Alam di mana pengurusannya diletakkan di bawah pengurusan Kolej Cemara / Akasia Seksyen 18 Shah Alam. Kini, Kolej Meranti berada di bawah pentadbiran Pengetua Zon 4 (Kolej Meranti / Jati) di mana hal-ehwal pengurusannya dilaksanakan oleh Pengurus Kolej Meranti sendiri. Kolej Meranti mempunyai 4 buah blok asrama pelajar iaitu Blok A, B, C dan D serta sebuah Blok Pentadbiran. Jumlah kapasiti yang boleh ditampung oleh Kolej Meranti adalah seramai 702 orang pelajar.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

No comments:

Post a Comment