Saturday 26 March 2011

<> PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H <>

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Pada 17hb. Februari 2011, Pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Meranti telah mengadakan sebuah program 'Sambutan Maulidur Rasul 1432H' yang bertempat di Dataran Kolej Meranti. Program ini disertai oleh seramai lebih kurang 200 orang peserta yang masing-masing terdiri daripada penghuni Kolej Meranti. Antara pengisian program tersebut adalah ceramah yang bertajuk 'Antara 2 Cinta' yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan. Antara lain, para peserta program juga turut disajikan dengan tayangan-tayangan yang mempunyai hubung kait dengan Maulidur Rasul dan juga Valentine's Day yang masih disambut oleh sebahagian besar remaja umat Islam di negara ini. Di pengakhiran program, para peserta dibekalkan dengan makanan malam serta kupon aktiviti dan cop Kemahiran Insaniah. Berikut merupakan foto-foto yang diambil semasa program berlangsung.








~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~


No comments:

Post a Comment